Our Story


House of Crepes beroperasi di Alor Setar mengusahakan tempahan dan pesanan bagi penggemar-penggemar berbagai jenis crepes yang sedap seperti durian, cempedak, oreo, kokomilo, strawbericoklat dan kiwicoklat.  Tempahan dan pesanan untuk keperluan sendiri / keluarga, sebagai buahtangan atau hidangan di majlis-majlis keramaian boleh dibuat dengan menghubungi atau SMS Puan Hamidah di 019-4512097 atau 017-4458081.

Untuk tempahan dalam kuantiti yang besar (melebihi 10 pax), sila buat pesanan 2 – 3 hari awal sebelum tarikh diperlukan.  Semua pesanan perlu “self pick-up” di Esso Jalan Sultanah, Alor Setar. 

PERINGATAN :  Untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman. Crepes perlu disimpan di dalam peti sejuk (tidak melebihi 2 hari) untuk mengekalkan kesegaran dan kualitinya.  Untuk perjalanan jauh, ianya boleh dibawa di dalam kereta berhawa dingin tidak melebihi 3 jam perjalanan.  Untuk tempoh yang lebih lama, kami mencadangkan untuk dimasukkan ke dalam “polystyrene container” bersama “dry ice”.

House of Crepes telah menambat hati pengemar crepes kerana rasanya.  Kami menggunakan bahan yang terbaik, bersih dan halal .  Alhamdulillah, permintaan semakin meningkat dan kami bersyukur di atas rezeki yang diberi.  Terima kasih kepada penggemar yang sangat berpuashati dengan crepes kami terutamanya yang tidak berhenti “repeat order”.  Sila semak laman FB kami dari masa ke semasa untuk harga promosi dan penawaran pelbagai jenis crepes yang baru.  Jika sedap, beritahu kawan dan jika tidak memuaskan sila maklumkan kepada kami.  Terima kasih.

House of Crepes yang mula beroperasi pada Januari 2013 sudah mendapat lebih 600 likes di Facebook Page setakat ini. 




Selamat mencuba dan like kami di  https://www.facebook.com/HouseOfCrepes

"CREPES melts in your mouth"

No comments:

Post a Comment