Dari mana datangnya idea kami untuk menghasilkan crepes yang sedap dan berkualiti ini?
Kami mendapat inspirasi daripada kedai ini, Sumptuous Desserts ketika berbuka puasa di Gardens, KL pada tahun lepas. Oleh kerana sukar untuk mendapatkan crepes sebegini di sekitar Alor Setar, maka kami belajar bagaimana untuk menghasilkan crepes yang enak, lembut, gebu dan menepati citarasa penggemar crepes kami. Kini Alhamdulillah kami sudah menerima pesanan hampir setiap hari. Jutaan terima kasih atas sokongan anda. Teruskan menyokong dan membeli crepes kami.
No comments:
Post a Comment