Saturday 7 September 2013

Inspirasi. Idea. Kualiti.

Dari mana datangnya idea kami untuk menghasilkan crepes yang sedap dan berkualiti ini?

Kami mendapat inspirasi daripada kedai ini, Sumptuous Desserts ketika berbuka puasa di Gardens, KL pada tahun lepas. Oleh kerana sukar untuk mendapatkan crepes sebegini di sekitar Alor Setar, maka kami belajar bagaimana untuk menghasilkan crepes yang enak, lembut, gebu dan menepati citarasa penggemar crepes kami. Kini Alhamdulillah kami sudah menerima pesanan hampir setiap hari. Jutaan terima kasih atas sokongan anda. Teruskan menyokong dan membeli crepes kami.



Saturday 31 August 2013

House of Crepes Alor Setar berblog!


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Setelah hampir 8 bulan kami beroperasi. Semakin ramai yang menggemari crepes kami. Dan semakin ramai yang LIKE kami di Facebook. 

Kini kami mula memasarkan produk kami melalui blog dengan harapan lebih ramai yang akan mengetahui produk kami. Dan juga dapat mendekati penggemar-penggemar crepes di sekitar Alor Setar mahupun di seluruh negeri Kedah. 

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggemar crepe kami yang sentiasa memberi sokongan. Semoga yang baik, akan dibalas dengan baik oleh Allah. 

Teruskan menempah crepes kami dan jangan lupa LIKE kami di www.facebook.com/HouseOfCrepes